Hulu Selangor

7 05 2010

Konsep 1 Malaysia yang ditaja UMNO nampaknya tidak dapat sambutan kaum Cina di Malaysia. Mereka telah masak dengan strategi UMNO untuk memancing undi. Hanya kaum India dapat dibelinya dengan meletakkan calon kaum India. Tetapi jika UMNO letak calon Melayu pasti UMNO kalah.

Di Pilihanraya Umum nanti, UMNO sukar menang kerana konsep 1 Malaysia telah nampak cacatnya. Baru-baru ini kes anak Melayu di tembak terus saja ditubuhkan badan penyiasat bebas. Kalaulah anak India atau Cina di tembak belum pasti badan penyiasat bebas di tubuhkan dengan cepat sekali.

Mungkin kaum Cina sudah muak dengan tipudaya UMNO. Hanya tunggu masa bagaimana gelagat kaum India pula.





Pelacur Politik

14 03 2009

Aku teringat kembali di tahun 1971, seorang rakan menulis tentang “pelacur” di Perak dalam majalah sekolah STAR. Kalau dibaca ia bukan tentang pelacur yang ramai dikenali sejak zaman berzaman tetapi tentang sikap pemimpin di Perak.

Sekarang, apabila ada ADUN Perak menjual diri untuk lari dari masalah baru aku sedar tentang signifikan puisi tersebut. Kepada bekas penuntut STAR sila rujuk kepada majalah sekolah tahun 1971/2.





Zulkifli Nordin

5 09 2008

Sahabat aku YB Zul telah datang ke Bandar Tun Razak dan memberi fikiran beliau tentang senario politik masakini. Orang Islam perlu berwaspada terhadap tindakan mereka untuk memastikan bahawa kuasa politik orang Islam tidak terhakis. Kami telah duduk berbincang tentang apa yang dikatakan oleh Saudara Zul selepas terawih. Ada yang pro dan yang kontra.  Yang penting semua pemimpin Islam perlu bersatupadu.  Buang yang keruh ambil yang jernih. Jangan sampai seperti apa yang berlaku kepada Kerajaan Islam Melaka. Pemimpin Islam bergaduh, Yu yang untung. Pikirlah Sendiri.





UMNO = NAZI

16 07 2008





Minyak Petrol

15 07 2008

Aku baru saja diberitahu oleh keluarga aku yang baru menonton perdebatan antara Sdr Anwar dengan Menteri Penerangan (aku lupa nama dia – Ahmad Shabery kok). Penganjur pun satu, kalau hendak dapat rating baik biarlah Pak Lah atau Tok Jib yang berdebat. Itu sebabnya aku tak tengok. Semua anak-anak aku dan isteri sibuk bertepuk tangan ketika menonton. Mereka memang penyokong Keadilan. Tetapi aku harap anak-anak aku tidak jadi fanatik. Risau juga kerana baru tingkatan dua sudah pandai berpolitik. Ini semua  peranan isteri aku. Mana saja ada Sdr Anwar tentu isteri dan anak aku akan pergi dengar ceramah. Aku seperti biasa berdialog di depan komputer via Internet. Sudah tua dan letih kerana banyak kerja di syarikat.

Lagipun aku sudah dengar pidato Sdr Anwar sejak tahun tujuh puluhan lagi. Yalah masa itu ada sudut pidato di Universiti Malaya BUKAN macam sekarang ni, pelajar universiti hanya tengok TV macam budak sekolah darjah enam. TV dah out-off-date. Hanya orang kurang upaya saja yang berharap kepada TV untuk berita dunia.
Isteri aku juga kata ada Nordin Kardi semasa perdebatan tersebut. Aku hanya senyum kerana aku kenal Nordin semasa di UPM dalam tahun ’80an. Dia masa itu jadi kaunselar dan aku jadi pegawai tadbir di situ.

Sudah lama tidak jumpa sejak aku tinggalkan UPM dalam tahun 90an untuk kerja dengan syarikat yang aku kerja sekarang. Tapi aku heran juga bagaimana dia boleh dilantik sebagai Naib Canselor UUM. Mungkin sekarang ini standard universiti di Malaysia sudah teruk sangat. Ramai sudah lari dari universiti untuk kerja dengan syarikat. Syarikat gaji lagi lumayan lima angka sebulan padahal univerisiti hanya empat angka. Syarikat kita lawan di peringkat global walhal universiti hanya dalam negara. Jadi kepada anak-anak muda jika mahu berjaya sila berkerja di syarikat antarabangsa.








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.